Tuesday, 10 November 2015

Dakwah dan Tarbiah


Pernah tak terfikir kenapa aku hidup kat dunia ni? Apa matlamat aku? Matlamat aku untuk belajar, then kerja, lepastu duit bayar bil setiap bulan. Adakah itu sahaja? Kalau bukan apa lagi? Kita cuba pulak penuh kan kehidupan kita dengan mengejar perkara-perkara remeh seperti minat artist-artist, atau beli barang-barang collectible, dapatkan tandatangan artist, vapeon, game, movie, anime dan sebagainya. Tapi hakikatnya benda tuh tak kekal. Kejap je kite dah rase hilang nikmat. Kejap je kita dah rase bosan. And kita teruskan kehidupan kita dengan meminati artist lain, game lain, barang lain, anime lain, movie lain. Sampai bila?

Kehidupan kite terlalu singkat untuk lalai, untuk tenggelam dalam dunia yang penuh dengan tipu daya yang menyakitkan. So, persoalannya kat sini, apa yang kita nak buat kat dunia ni? Apa yang kita perlu buat kat dunia ni? Apa matalamat sebenar kehidupan kita hari ni? Jawapannya mudah.. Dakwah.. dan Tarbiah. Setiap orang wajib laksanakan tanggunjawab ni. Sebab Allah dah ciptakan kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ni. Namun berapa ramai yang fikir and risau masalah ummat masa kini? Atau adakah kita lebih ambil berat pasal artist mana putus dengan artist mane, then couple ngn artist mane? Atau kite lebih fikir bila IPhone 7, 8, 9, 10 nak keluar? Atau kita lebih sibuk duduk dalam kehidupan cinta, suka orang tu, suka orang ni, sakit hati, then drama sana sini?

Hidup kita tak lama. Sekejap je. No. Dunia ni dah tak lama. Kita dah ummat akhir zaman. Kite tak tawu bila nak kiamat. Esok pon boleh kiamat. So apa persediaan kita? Solat kita macam mane? Ibadah kita macam mana? Quran kita bila last khatam? Atau kite masih sebok dengan hobi harian kita? sebok dengan game, sebok dengan main basketball, sebok dengan nak buat six pack, sibuk sibuk sibuk dengan hal dunia. Ingatlah semula matlamat kehidupan. Letak la segala hobi itu di belakang kita. Jangan buat ianya sebagai satu prioriti yang wajb dibuat. Buatlah dakwah dan tarbiah sebagai prioroti kehidupan. Buatlah sehingga kita mampu tinggalkan konvoi motor atau riding semata untuk daurah. Buatlah sehingga kita mewajibkan usaha dakwah. Kalau rasa macam kehidupan kita dah terlalu lalai dengan perkara-perkara macam ni sampai tanggunjawab kita terhadap Allah terabai, terhadap isteri/suami terabai, terhadap anak-anak terabai, tanggungjawab terhadap ibu bapa terabai, tanggunjawab dalam melaksanakan semua tanggunjawab ni terabai, then sedarlah. Bangunlah. Sedarlah. bangkitlah. Berubahlah. Berubahlah. Berubahlah.

Semoga kita diberi kekuatan untuk meninggalkan perkara yang dah terlalu menenggelam kita. Yang dah terlalu hiangkan diri kita kepada matlamat yang sebenar. Allah.. bangunkanlah aku Ya Allah..

No comments:

Post a Comment