Pernah tak kita rasa macam hidup ni susah sangat? Rasa macam kalau boleh nak bunuh diri? Kalau boleh nak lari dari semua, nak cipta hidup baru yang kekal bahagia selamanya? Sahabat, yakin lah dunia bukan lah tempat kebahagiaan hakiki. Segala yang ada di dunia ni adalah ujian. Kesengsaraan adalah ujian. Kesenangan and kebahagiaan pon ujian. Kalau Allah nak ciptakan dunia ni terlalu senang untuk semua orang, Allah akan letakkan kita semua dalam syurga. Tak ada apa kat dunia ni sebenarnya. So apa tujuan kita ada kat sini?
Banyak sangat orang yang ingin mencari keselesaan kat dunia ni. Nak enjoy sepuas-puasnya kehidupan kita. Nak melayan segala keinginan and perasaan yang ada. Kalau boleh semua duit kat dunia ni kita nak genggam. Sebab dengan duit kita rasa macam tuhan. Kita boleh dapat apa saja yang kita nak. Kita boleh pergi concert orang yang kita minat. Kita boleh beli baju, boleh belikan mak ayah barang kesukaan mereka, boleh meltingkan orang yang kita sayang. Memang pada pandangan kita duit adalah keperluan untuk kita. Tapi hakikatnya duit juga ujian.
Macam mane ni?? Semua benda ujian??Buat jahat ujian? Buat baik ujian? niat baik ujian? Buat apa pon kat dunia ni ujian. Kenapa ujian? Sebab dunia ni memang tempat ujian. There are no other explanation on this. Banyak sangat dah Faiz tengok sahabat-sahabat Faiz, bahkan diri Faiz sendiri jatuh dalam ujian dunia. Bila kita ada masalah, Allah cakap tu ujian. Bila kita mengaji sedap-sedap, Allah cakap ujian. (x guna ngaji sedap kalau untuk manusia). Bila kita buat jahat pon ujian jugak untuk kita.
So kenapa hidup ni susah sangat? Kenapa complicated sangat? Bencilah macam ni.. (bak kate orang) tapi ramai yang tak tahu sebenarnya, bila kite hidup dalam syariaat Allah, keredhaan Allah, keampunan Allah, kite bukan sahaja tinggal tunggu nikmat syurga, tapi kat dunia pon Allah akan bagi apa saja yang kita nak. Mungkin kita tak dapat kekayaan, tapi kite dapat kebahagiaan. Mungkin ada yang dapat kekayaan and kebahagiaan. Tapi ingatlah.. Keselesaan dunia ni sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan apa yang dah disimpan oleh Allah kat akhirat nanti. Maka sabarlah.. Yakin lah Syurga itu ada. Yakinlah keiindahan syurga yang menanti andai kita sabar kat dunia ni. Saat orang lain semua sibuk dengan ps4, xbox one, lipstik, concert, mamat hensem, awek cun, sabar lah.. Sebab anda akan dapat yang lebih baik. Yakin lah ada yang kebih baik. Yakin lah dengan syurga. yakin lah dengan Allah..
No comments:
Post a Comment