Tuesday, 1 December 2015

Bukti CInta - Rabithah (Chords)

Intro
C-G-F-C-G

verse 1
C                 G
Setiap waktu ku renung,
       F                 C
betapa cinta dikau pada ummah?
F               Am
Walau tika di akhir hayatmu,
F                 C      G
engkau tetap memikirkan ummah,
F                   C
tetapi,mengapa ini yang terjadi?
      F               G
ummah bagai melupakan dirimu...


C                 G
kadang ku lihat diriku,
       F                C
apakah engkau jadi ikutanku?
F               Am
aku kata:"ku cintai dirimu..!"
F                G
Namun,amalku bak MEMBENCIMU!!!
F                        C
diriku bagaikan jauh darimu,
F                     G
ku sesali betapa lemahnya diriku..

           F                  C
Apakah bukti cinta diriku padamu,
           F                 G
Adakah dirimu menjadi ikutanku??

Korus:
F                   G
Sejauh mana tangisanku,
C               Am
tika rindui dirimu,
F                   G
tiada apa yang kan terbukti,
Am
cinta diriku kepadamu....

F         G
Namun diriku,
C                      Am
perlu melangkah tanpa jemu,
F         G        C/Am
terus menuruti dirimu!!

Verse 2:
C               G
Apa yg aku dambakan,
        F                  C
agar dapatku bertemu denganmu,
F                   Am
walau bukan saatnya di dunia(namun di syurga nanti)
F                    G
ku kan lihat senyumanmu di syurga,
F                    C
jika ku benar cintai dirimu,
F                              G
seluruh hidupmu kan ku jadikan seluruh hidupku!!

          F                C
Ya Allah berikanku satu kekuatan,
          F                   G
kerana cinta Kau dan dia ku dambakan..!

C                 F    
Allahummarzuqna mutabatan nabiyyi
         Am                  G
muhammadin sollallahu alaihi wasallam
C                             F
awwalan wa akhiran wa zohiran wa batina
                 Am           G             C
wa qaulan wa filan wa amalan soliha....

Tuesday, 10 November 2015

Dakwah dan Tarbiah


Pernah tak terfikir kenapa aku hidup kat dunia ni? Apa matlamat aku? Matlamat aku untuk belajar, then kerja, lepastu duit bayar bil setiap bulan. Adakah itu sahaja? Kalau bukan apa lagi? Kita cuba pulak penuh kan kehidupan kita dengan mengejar perkara-perkara remeh seperti minat artist-artist, atau beli barang-barang collectible, dapatkan tandatangan artist, vapeon, game, movie, anime dan sebagainya. Tapi hakikatnya benda tuh tak kekal. Kejap je kite dah rase hilang nikmat. Kejap je kita dah rase bosan. And kita teruskan kehidupan kita dengan meminati artist lain, game lain, barang lain, anime lain, movie lain. Sampai bila?

Kehidupan kite terlalu singkat untuk lalai, untuk tenggelam dalam dunia yang penuh dengan tipu daya yang menyakitkan. So, persoalannya kat sini, apa yang kita nak buat kat dunia ni? Apa yang kita perlu buat kat dunia ni? Apa matalamat sebenar kehidupan kita hari ni? Jawapannya mudah.. Dakwah.. dan Tarbiah. Setiap orang wajib laksanakan tanggunjawab ni. Sebab Allah dah ciptakan kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ni. Namun berapa ramai yang fikir and risau masalah ummat masa kini? Atau adakah kita lebih ambil berat pasal artist mana putus dengan artist mane, then couple ngn artist mane? Atau kite lebih fikir bila IPhone 7, 8, 9, 10 nak keluar? Atau kita lebih sibuk duduk dalam kehidupan cinta, suka orang tu, suka orang ni, sakit hati, then drama sana sini?

Hidup kita tak lama. Sekejap je. No. Dunia ni dah tak lama. Kita dah ummat akhir zaman. Kite tak tawu bila nak kiamat. Esok pon boleh kiamat. So apa persediaan kita? Solat kita macam mane? Ibadah kita macam mana? Quran kita bila last khatam? Atau kite masih sebok dengan hobi harian kita? sebok dengan game, sebok dengan main basketball, sebok dengan nak buat six pack, sibuk sibuk sibuk dengan hal dunia. Ingatlah semula matlamat kehidupan. Letak la segala hobi itu di belakang kita. Jangan buat ianya sebagai satu prioriti yang wajb dibuat. Buatlah dakwah dan tarbiah sebagai prioroti kehidupan. Buatlah sehingga kita mampu tinggalkan konvoi motor atau riding semata untuk daurah. Buatlah sehingga kita mewajibkan usaha dakwah. Kalau rasa macam kehidupan kita dah terlalu lalai dengan perkara-perkara macam ni sampai tanggunjawab kita terhadap Allah terabai, terhadap isteri/suami terabai, terhadap anak-anak terabai, tanggungjawab terhadap ibu bapa terabai, tanggunjawab dalam melaksanakan semua tanggunjawab ni terabai, then sedarlah. Bangunlah. Sedarlah. bangkitlah. Berubahlah. Berubahlah. Berubahlah.

Semoga kita diberi kekuatan untuk meninggalkan perkara yang dah terlalu menenggelam kita. Yang dah terlalu hiangkan diri kita kepada matlamat yang sebenar. Allah.. bangunkanlah aku Ya Allah..

Tuesday, 27 October 2015

Ujian


Pernah tak kita rasa macam hidup ni susah sangat? Rasa macam kalau boleh nak bunuh diri? Kalau boleh nak lari dari semua, nak cipta hidup baru yang kekal bahagia selamanya? Sahabat, yakin lah dunia bukan lah tempat kebahagiaan hakiki. Segala yang ada di dunia ni adalah ujian. Kesengsaraan adalah ujian. Kesenangan and kebahagiaan pon ujian. Kalau Allah nak ciptakan dunia ni terlalu senang untuk semua orang, Allah akan letakkan kita semua dalam syurga. Tak ada apa kat dunia ni sebenarnya. So apa tujuan kita ada kat sini? 

Banyak sangat orang yang ingin mencari keselesaan kat dunia ni. Nak enjoy sepuas-puasnya kehidupan kita. Nak melayan segala keinginan and perasaan yang ada. Kalau boleh semua duit kat dunia ni kita nak genggam. Sebab dengan duit kita rasa macam tuhan. Kita boleh dapat apa saja yang kita nak. Kita boleh pergi concert orang yang kita minat. Kita boleh beli baju, boleh belikan mak ayah barang kesukaan mereka, boleh meltingkan orang yang kita sayang. Memang pada pandangan kita duit adalah keperluan untuk kita. Tapi hakikatnya duit juga ujian. 

Macam mane ni?? Semua benda ujian??Buat jahat ujian? Buat baik ujian? niat baik ujian? Buat apa pon kat dunia ni ujian. Kenapa ujian? Sebab dunia ni memang tempat ujian. There are no other explanation on this. Banyak sangat dah Faiz tengok sahabat-sahabat Faiz, bahkan diri Faiz sendiri jatuh dalam ujian dunia. Bila kita ada masalah, Allah cakap tu ujian. Bila kita mengaji sedap-sedap, Allah cakap ujian. (x guna ngaji sedap kalau untuk manusia). Bila kita buat jahat pon ujian jugak untuk kita. 

So kenapa hidup ni susah sangat? Kenapa complicated sangat? Bencilah macam ni.. (bak kate orang) tapi ramai yang tak tahu sebenarnya, bila kite hidup dalam syariaat Allah, keredhaan Allah, keampunan Allah, kite bukan sahaja tinggal tunggu nikmat syurga, tapi kat dunia pon Allah akan bagi apa saja yang kita nak. Mungkin kita tak dapat kekayaan, tapi kite dapat kebahagiaan. Mungkin ada yang dapat kekayaan and kebahagiaan. Tapi ingatlah.. Keselesaan dunia ni sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan apa yang dah disimpan oleh Allah kat akhirat nanti. Maka sabarlah.. Yakin lah Syurga itu ada. Yakinlah keiindahan syurga yang menanti andai kita sabar kat dunia ni. Saat orang lain semua sibuk dengan ps4, xbox one, lipstik, concert, mamat hensem, awek cun, sabar lah.. Sebab anda akan dapat yang lebih baik. Yakin lah ada yang kebih baik. Yakin lah dengan syurga. yakin lah dengan Allah.. 





Monday, 26 October 2015

Keigninan



Setiap orang yang namanya manusia mesti ada kemahuan dan keinginan. Kita tidak akan lari dari hawa nafsu yang sentiasa bergelora untuk memiliki kemahuan dunia. Antaranya adalah game, lagu, movie. Dan tangga keinginan yang tertinggi adalah adanya keinginan untuk berumah tangga. Terutamanya remaja. Tipulah kalau tak ada manusia yang inginkan kehidupan bahagia bersama suami atau isteri tercinta.

Tapi remaja sekalian, janganlah kita terlalu mengejar dan tercari-cari cinta seorang manusia. Wahai remaja yang hebat, dalam kita sibuk mencari pasangan hidup, banyak anasir-anasir yang ingin menjatuhkan islam. Banyak hiburan dan cerita-cerita cinta yang kita suka dicucukkan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan ajaran islam. Banyak sangat dah. Oleh itu, pelihara lah hati anda. Simpankan cinta itu untuk isteri atau suami yang sudah pon sah. Selama menunggu, alihkan lah cinta-cinta itu kepada Allah yang satu. Kepada Nabi kita Muhammad SAW yang mencintai kita walaupun tak pernah jumpa kita..

Betul cinta itu fitrah. Tidak Faiz nafikan. Faiz pon ada perasaan and keinginan untuk mencintai. tapi yakin lah cinta manusia yang terindah akan hadir sekiranya kita mencintai Allah SWT seikhlas hati.


Monday, 5 October 2015

Dah dah la tu

Bismillah Hirrahmanirrahim.. 

Sudah-sudah la post berkaitan dengan benda-benda yang pelik, yang tidak mendatangkan faedah, yang merosakkan, yang menambahkan dosa dan sebagainya. In Syaa Allah dalam blog ni Faiz nak start kongsikan perkara-perkara simple yang banyak sangat manusia dah terlalu jauh kedalam dalam keruntuhan akhlak dan sebagainya.. 

Bukan lah nak poyo. Hidup ni kite kene sentiase muhasabah. Setiap perkara yang berlalu perlu kepada pemerhatian. Observe setiap perkara yang dah berlalu sama ada yang baik atau pon tidak. Ambik iktibar, dan teruskan perjalan hidup kita sebagai perantau di muka bumi. 

So sapa-sapa yang datang baca, sama-sama kite belajar, ambil ikhitbar, pengajaran, fahami pengalaman. Nak komen boleh, nak tanya boleh, nak belajar pon boleh. Kita sama-sama la belajar. Apa yang faiz tawu pon daripada berkat kehidupan Faiz selama 20 tahun lebih je dalam usrah, ceramah-cemarah, talaqqi simple-simple je.. Faiz bukanlah Ustaz, lebih kepada futue English teacher. tapi pada masa yang sama nak jalankan usaha dakwah dan tarbiah dalam menjadi insan yang sentiasa husnul khatimah.